Sunday, 6 January 2013

MINGGU KELIMA BELAS

Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang

15.1 Mengadakan seminar
15.2 Mengadakan pameran

MINGGU KEEMPAT BELAS

Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu

14.1 Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
14.2 Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
14.3 Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

MINGGU KETIGA BELAS

Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

13.1 Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
13.2 Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
13.3 Memanipulasi animasi dalam persembahan

MINGGU KEDUA BELAS

Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu

12.1 Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran
        BahasaMelayu sekolah rendah.
12.2 Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan.

MINGGU KESEBELAS

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video

11.1 Konferensi secara dalam talian
11.2 Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur,
        membaca, dan menulis.

MINGGU KESEPULUH

Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

10.1 Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
10.2 Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
10.3 Membina bahan video dan audio
10.4 Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.

MINGGU KESEMBILAN

Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter,
dan Kad Pengumuman

9.1 Prosedur pengeditan
9.2 Prinsip pengeditan
9.3 Melaksanakan pengeditan
9.4 Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.

MINGGU KELAPAN

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

8.1 Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
8.2 Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web
      dan tapak pembelajaran.

MINGGU KETUJUH

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

7.1 Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat.
7.2 Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan
      tapak pembelajaran.
7.3 Membina bahan.

MINGGU KEENAM

Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

6.1 Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
6.2 Struktur Linear
6.3 Struktur Rangkaian

MINGGU KELIMA

Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

5.1 Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
5.2 Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
5.3 Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
5.4 Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.

Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajan Bahasa Melayu
Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah untuk membina tapak pembelajaran.








Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Tapak pembelajaran Sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.
Antara contoh-contoh jenis laman web:



·       Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.

Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran
Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah:



BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
3
Font atau muka taip
· Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
· Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
· Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
· Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.

Ikon
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)

Pautan hyperteks
· Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
· Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan

Format gambar
· Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
· Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
· Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.

Format fail gambar
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.

Animasi
· Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
· Animasi multimedia lebih kompleks
· Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
· Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.

MINGGU KEEMPAT

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

4.1 Memilih bahan sastera
4.2 Memilih bahan tatabahasa
4.3 Memilih bahan bidang ilmu lain

Pengenalan
Memandangkan internet mempunyai kesan yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.


Kemahiran dalam Bahasa Melayu

Sebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.
I.Kemahiran berbahasa
II.Kemahiran Bernilai Tambah
III.Kemahiran TMK
IV.Kemahiran Berfikir
V.Kemahiran masa Depan
VI.Kemahiran Kontekstual
VII.Kemahiran Belajar Cara Belajar

Faktor pemilihan bahan di internet
i. Sumber
• Jumlah bahan sumber yang terlalu banyak
ii. Bebas
• Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internet
iii. Kesahan
• Bahan tidak memerlukan pengesahan

Kepentingan selepas memilih bahan internet
Selepas memilih bahan di internet, guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
i. URL
• Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkan sumber rujukan bahan.
ii. Isi
• Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.
iii. Semak
• Guru meyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.



 Memilih bahan sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.

Jenis-jenis sastera
Pantun
Sajak
Seloka
Gurindam
Cerita Pendek
Syair

Memilih bahan tatabahasa

Bahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.

Jenis-jenis bahan tatabahasa
Senarai dibawah merupakan beberapa contoh jenis bahan tatabahasa
i. Kata Nama
ii. Kata Kerja
iii. Kata Tugas
iv. Kata Sendi Nama
v. Peribahasa
vi. Simpulan Bahasa

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/

Memilih bahan bidang ilmu lain

Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.

Jenis bidang ilmu lain
I.Ilmu Agama
II.Ilmu Sains
III.Ilmu Matematik
IV.Ilmu Sejarah
V.Ilmu Kajian Geografi
VI.Ilmu Semasa








MINGGU KETIGA

Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

3.1 Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
3.2 Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan
      PowerPoint


PENGENALAN


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. 


PRINSIP PENGGUNAAN INTERNET
  • Keseimbangan
  • Keizinan temaklum
  • Keadilan
  • Meminimumkan risiko

a. Keseimbangan
  • Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat
  • Mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.

b. Keizinan termaklum
  • Mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.

c. Keadilan
  • Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih.
  • Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
d. Meminimumkan risiko
  • Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.

 KONSEP ETIKA
Etika komputer
  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan computer yang bertul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketetpatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah satu isu atau dilema yang membabitkan etika.
  • Penggunaan komputerdalam era maklumat.
RUKUN ETIKA

Panduan kepada pengguna komputer adalah seperti berikut: 
  1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
  7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
  8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
  10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

Masalah moral dan etika
  • Penggertak
  • Penyalah-gunaan internet
  • Virus
  • Hak cipta
  • Perisian cetak rompak

Penggertak (Cracker)
  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan

Penyalahgunaan internet
  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

Virus
  • Sebarkan virus yang akan merosakkan sistem, data, perisian, dan melumpuhkan rangkaian komputer.

Hak cipta terpelihara
  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

Perisian cetak rompak
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.
TATACARA PENGGUNAAN INTERNET


1. Privasi pengguna
2. Hak akses pengguna
3. Mengenalpasti identiti pengguna
4. Memilih laman
5. Pengesahan maklumat
6. Muat naik bahan (upload)
7. Muat turun bahan (download)




CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
  • Brosur ialah untuk sebagai media promosi.
  • Dimana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu.
  • Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.

CARA MEMBUAT BROSUR
  • Buka Microsoft Publisher 2007
  • Setelah ‘application’ sudah dibuka, ‘screen’ akan memaparkan gambar seperti berikut,
  • Langkah seterusnya, pilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian brosur).
  • Contoh design yang saya pilih ialah ‘Tilt’
  • Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan.
a. Contoh gambar ialah Logo IPG kampus Perlis

  1. Setelah itu masukkan contoh butiran seperti:

  • Tajuk program/perkara dan lain-lain.
  • Nama penaja/penulis dan lain-lain.
  • Tarikh dan hari akan diadakan.
  • Aktiviti yang akan dijalankan
  • Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan

Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda. Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.


 CONTOH BROSUR



















MINGGU KEDUA

Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

2.1 Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
2.2 Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.


Apa itu ‘Enjin Pencari’
  • Merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat.
  • ‘Enjin Pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
  • Kata kunci mestilah terdiri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang kita dapatkan.

Tujuan dan Jenis Enjin Pencari
Tujuan (konteks pendidikan)
  • Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
  • Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.

Jenis ‘enjin pencari’

Dimanakah enjin pencari boleh didapati?
Sedar atau tidak kita seringkali menggunakan enjin pencari untuk dapatkan maklumat.
Tempat yang selalu kita dapat lihat:
  • Internet
  • Komputer atau laptop (intranet)
  • Halaman dalam Microsoft Office Word
  • Halaman dalam internet

Cara mengkategorikan maklumat
  • Video
  • Gambar
  • Ruangan
  • Lagu
  • Multi
  • Permainan
  • Perniagaan

Bagaimana mendapatkan maklumat di internet?
  1. Mengenalpasti tajuk.
  2. Memilih kata kunci mengenai tajuk / bahan yang ingin dicari.
  3. Memilih enjin pencarian yang tepat.
  4. Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
  5. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

1. Muat turun seperti biasa
2. Pengkategorian bahan berdasarkan kemahiran bahasa