Sunday, 6 January 2013

MINGGU PERTAMA

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
      bahasa Melayu.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Menggunakan web, video, audio, dan imej.

 * Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN
    dan lain-lain. 
 *Pembekal maklumat yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. 
 *Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang  
   berelemenkan audio,video, teks, dan grafik.
 *Pengguna perlu menaipkan alamat internet untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu.
 *Kebiasaannya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman  
   yang telah disetkan secara semula jadi.
 *Contoh alamat pembekal maklumat internet:
   
    www.yahoo.com
    www.yahoo.co.uk
    www.yahoo.com.my
    www.google.com




 *Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan
   kemudian klik pada Web search. 
 *Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari 
   bahan yang hendak diperolehi daripada internet.
 *Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com 
   Lihatcontoh di bawah.

 Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video
yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube
downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang
diperlukan



 *Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu
   sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. 
 *Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum 
   menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
 *Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan
   semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio,
   video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.


 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

 *Anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari untuk mendapatkan bahan
   daripada internet. Sila lihat contoh di bawah.



  *Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan 
    seperti yang berikut.
 *Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini 
   menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
 *Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan 
   berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
 *Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan    
   dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
 *Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak 
   terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan 
   Rancangan Pengajaran Seminggu.
 *Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

 




Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.

 *Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog
   Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

 Alamat Internet 

 *Anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu untuk menympan bahan dengan 
   menggunakan alamat internet. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
 *Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
   Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
 *Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini
   dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
 *Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya.
 *Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.



Alamat Internet.

Wajik
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wajik

Karipap
http://ms.wikipedia.org/wiki/Karipap

Menambah Nilai Buku
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_02.htm

Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_03.htm

Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_06.htm

Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_08.htm

Memperkasa Pantun Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_09.htm

Bergaya Dengan Teknologi Nano
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Meg
abait&pg=me_01.htm

Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesi
hatan&pg=kn_04.htm

Pantun Melayu
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm

Katalog Alamat Internet.

 *Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat
   internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
 *Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan  
   daripada sinopsis yang disertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
 
Tajuk


URL


Sinopsis




*Sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di 
  dalam contoh di bawah untuk mendapatkan alamat laman.
 *Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

Katalog Alamat Internet



Tajuk

 Peribahasa Melayu
URL

 http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a
Sinopsis

 Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.






















No comments:

Post a Comment